Tentang Sempoihosting

Sejak tahun 2005. SempoiHosting yang dikendalikan oleh Shuth Network, sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berpengkalan di Selangor, Malaysia, telah menjadi pilihan ramai dalam menyediakan servis web hosting yang berkualiti, boleh dipercayai dan berbaloi untuk semua.

Kami berbangga menjadi penyedia hosting tempatan yang memahami keperluan pengguna Malaysia dengan lebih dekat — dari segi sokongan, gaya komunikasi dan bajet yang realistik.

about-banner-main-img

Misi Kami

Misi kami adalah untuk menjadi pembekal web hosting yang dikenali dengan kelajuan, kualiti dan harga yang berpatutan — sesuai untuk semua golongan, sama ada pelajar, usahawan kecil, freelancer , golongan profesional mahupun syarikat besar.

Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan hosting yang berkualiti tinggi, disertai dengan sokongan pelanggan yang cepat, mesra dan efisien. Sebarang masalah yang timbul akan kami ditangani secepat mungkin, kerana bagi kami, kepuasan pelanggan adalah keutamaan utama dalam setiap apa yang kami lakukan.

about-mission-img

Jaminan Kami

Ada 3 sebab penting anda perlu memilih kami sebagai rakan hosting anda!.

hostiko-guarantee-img1
24/7/365 Support Terbaik!

Kami sentiasa ada bila anda perlukan bantuan — siang malam, cuti atau kerja.Team kami sentiasa ready untuk anda!

hostiko-guarantee-img2
30 Hari Jaminan Pulangan Wang.

Tak puas hati? Tiada masalah. Anda boleh minta refund dalam masa 30 hari – tanpa banyak soal.

hostiko-guarantee-img3
Jaminan 100% Uptime Rangkaian

Laman web anda kekal online setiap masa. Kami pastikan tiada gangguan supaya bisnes anda terus berjalan lancar.

why-hostiko-img
ABOUT US

Kenapa Pilih Kami?

Sempoihosting - Laju, Selamat, Sempoi. Boleh Caya Bos!

SempoiHosting sudah beroperasi sejak tahun 2005 lagi. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia hosting, kami tahu apa yang penting untuk pelanggan: server yang stabil & selamat, backup harian secara automatik, serta support pantas dari team Malaysia yang memang sempoi dan mudah faham bila anda perlukan bantuan. Kalau nak hosting yang boleh caya dan tak pening kepala, memang inilah tempatnya.

  • 30Hari Data Backup
  • 20+Tahun Operasi
  • 24/7Khidmat Sokongan

Kami Di Sini Untuk Bantu Anda Berkembang

Di SempoiHosting, kami bukan sekadar penyedia hosting. Kami ialah rakan digital anda yang benar-benar ambil berat tentang kejayaan projek dan perniagaan anda. Kami percaya, bila anda berjaya — kami pun turut sama berjaya.

about-services-small-img1
Fokus Kepada Keperluan Pelanggan Tempatan

Sebagai syarikat hosting tempatan, kami faham keperluan pengguna di Malaysia — dari bajet, sokongan dalam Bahasa Melayu, hinggalah gaya komunikasi yang lebih santai tapi jelas. Servis kami disesuaikan khas untuk bantu anda berkembang dalam suasana digital yang semakin kompetitif.

about-services-small-img2
Infrastruktur Yang Stabil & Selamat

Kami guna teknologi terkini seperti LiteSpeed, SSD Hosting dan sistem backup harian untuk pastikan website anda berjalan lancar tanpa gangguan. Kami juga melindungi laman web anda dengan SSL percuma, perlindungan malware masa sebenar dan sistem sekuriti yang mantap . Bila sistem stabil & selamat, anda boleh fokus kembangkan bisnes.

about-services-small-img3
Sokongan Sepanjang Masa

Team kami sentiasa bersedia membantu — dari pemilihan pakej, pemasangan sistem, hingga menyelesaikan isu teknikal. Bila anda perlukan bantuan, kami ada… tanpa perlu tunggu lama!.

about-services-img