Sempoihosting.com menawarkan perkhidmatan penyewaan ruang web. Sempoihosting.com berhak untuk mengantung atau menamtkan capaian pelanggan ke komputer pelayan atau kepada semua perkhidmatan Sempoihosting.com jika didapati akaun pelanggan tersebut telah didapati disalahgunakan untuk apa-apa tujuan mengikut pertimbangan sempoihosting.com.
PENGGUNAAN KOMPUTER PELAYAN
Pakej yang ditawarkan oleh sempoihosting.com adalah untuk kegunaan pemilik awal sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan untuk menjual semula, menyimpan atau memberikan perkhidmatan penyewaan ruang web mereka kepada pihak lain, kecuali mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak sempoihosting.com.
Sempoihosting.com berhak untuk menarikbalik perkhidmatan dan/atau capaian ke komputer pelayan mereka kepada sesiapa yang dianggap tidak perlu.
Semua perkhidmatan yang disediakan oleh sempoihosting.com hanya boleh digunakan untuk tujuan yang tidak melanggar undang-undang. Semua transmisi, penyimpanan atau persembahan sesuatu maklumat, data atau material yang melanggar undang-undang tempatan dilarang sama sekali.
Sempoihosting.com juga melarang sesuatu website yang mempamerkan sebarang aktiviti haram atau bahan semasa yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada komputer pelayan sempoihosting.com. Pautan kepada bahan-bahan tersebut juga dilarang sama sekali. Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, bahan lucah, pautan kepada website yang mempunyai bahan lucah, spam, pencerobohan atau pengodaman akan menyebabkan website anda ditutup dan semua bahan anda akan dibuang tanpa amaran. Bahan lucah tidak dibenarkan sama sekali. Bahan-bahan media yang mempunyai hakcipta seperti MP3, klip video dan sebagainya juga turut dilarang di letakkan di komputer pelayan kami.
KAMI TIDAK MEMBENARKAN sebarang IRC atau bot IRC beroperasi di komputer pelayan kami.
Sempoihosting.com mempunyai kuasa mutlak untuk menghukum pihak-pihak yang melanggar peraturan ini.
Sila pastikan anda tidak memasukkan ("install") program-program yang berikut kedalam akaun anda :
IRC Egg Drops
The Anonymizer
UltimateBBS
Ikonboard
nph-proxy
Proxy Servers
Soap Mailers
formmail.pl
Sebarang chat skrip
Sebarang
skrip autoresponder
POLISI KEGUNAAN SUMBER YANG TINGGI
Sumber adalah bermaksud penggunaan cpu dan/atau manipulasi sumber.
Sempoihosting.com mungkin menggunakan polisi yang berikut mengikut pertimbangan yang mutlak.
Jika sesuatu website didapati memonopoli sesuatu sumber yang ada, Sempoihosting.com berhak untuk mengantung atau menamatkan akaun tersebut secara tiba-tiba.
Polisi ini akan berkuatkuasa bagi mencegah penyalahgunaan komputer pelayan kami atau pada situasi yang melampau.
Pelanggan boleh menaiktaraf pakej hosting mereka dengan bayaran tambahan.
Semua akaun yang diwujudkan adalah berdasarkan prabayar. Sempoihosting.com berhak mengubah harga bagi akaun atau perkhidmatannya pada bila-bila masa. Pembayaran pra akan tamat pada setiap tahun yang berikutnya dari tarikh akaun tersebut diwujudkan.
Sempoihosting.com berhak mengantung perkhidmatannya sehingga jumlah bayaran tertunggak dijelaskan oleh pelanggan.
Semua inbois akan dihantar terus kepada pelanggan menerusi email selepas pembelian diatas talian dilakukan.
PEMBATALAN DAN PEMULANGAN WANG
Sempoihosting.com berhak untuk menamatkan akaun pelanggan pada bila-bila masa jika pelanggan didapati melanggar terma dan syarat perkhidmatan yang disediakan oleh sempoihosting.com. Akaun pelanggan akan ditamatkan secara mendadak dan wang tidak akan dikembalikan. Pelanggan boleh membatalkan akaun mereka pada bila-bila masa. Kami menyediakan jaminan wang dalam masa 30 hari bagi semua pakej hosting kami. Jika pelanggan membatalkan pembelian mereka dalam masa 30 hari yang pertama, pelanggan akan menerima semula wang mereka. Kami tidak akan mengembalikan wang pelanggan jika tempoh 30 hari yang pertama telah tamat, kami juga tidak menyediakan pengembalian wang secara purata. Jaminan pemulangan wang hanya terpakai pada perkhidmatan penyewaan ruang web (webhosting) sahaja, ini tidak termasuk perkhidmatan pembelian nama domain dan lain-lain perkhidmatan.
PERUBAHAN HARGA
Jumlah yang anda bayar untuk penyewaaan ruang web tidak akan berubah dari tarikh pembelian. Kami berhak mengubah harga yang dinyatakan di sempoihosting.com, dan berhak mengubah jumlah sumber bagi setiap plan pada bila-bila masa.
GANTIRUGI
Pelanggan bersetuju untuk menanggung risiko mereka sendiri apabila menggunakan semua perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh sempoihosting.com.
Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengantirugi, menyelamatkan serta mempertahankan sempihosting.com daripada menerima akibat dari apa jua permintaan, liabiliti, kehilangan, tuntutan kos, termasuk yuran peguam yang mendakwa agen kami, pelanggan kami, pegawai serta kakitangan kami, yang disebakan oleh sebarang perkhidmatan kami atau penyampaian atau perjanjian untuk menyampaikan atau sebarang produk/perkhidmatan yang dijual oleh pelanggan, ejen, kakitangan stau sesiapa yang dilantik. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengantirugi dan menyelamatkan sempoihosting.com, daripda liabiliti yang wujud seperti; (1) sebarang kecederaan kepada seseorang atau hartabenda yang disebabkan oleh sebarang produk yang dijual atau diedarkan melalui komputer pelayan sempohosting.com; (2) sebarang pembekalan material yang melanggar hak cipta pihak ketiga dari pelanggan (3) perlanggaran hakcipta (4) sebarang produk/perkhidmatan cacat yang dijual oleh pelanggan melalui komputer pelayan sempoihosting.com
POLISI SPAM
Sempoihosting.com komited terhadap polisi anti-spam. Dibawah polisi ini, kami melarang spam, atau sebarang email komersial yang tidak diundang, dihantar melalui rangkaian sempoihosting.com oleh pelanggan atau sesiapa yang menjadi pengguna kepada sempoihosting.com termasuk
pelanggan kepada pelanggan kami.
Kami berhak menamatkan perkhidmatan pelanggan yang melanggar polisi ini tanpa sebarang notis pemberitahuan. Penghantaran email komersial yang tidak diundang, penghantaran mesej yang terlalu banyak kepada kumpulan usenet, mesej lucah, mesej mengugut yang dihantar melalui alamat email atau web sempoihosting.com adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau komen mengenai spam melalui rangkaian kami, sila sila emailkan kepada abuse@sempoihosting.com.
PENAFIAN
Sempoihosting.com tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kerosakan yang menyebabkan kehilangan perniagaan anda sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma dan Syarat Kami, sila hantarkan email kepada support@sempoihosting.com
PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT
Sempoihosting.com berhak mengubah polisi ini pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang notis.